Wednesday, March 18, 2009

Haziq - Permata Maulidur Rasul


Saya gementar apabila bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tetapi apabila baginda tersenyum lebar dan mengucapkan tahniah, hilang perasaan gementar saya."Demikian ungkap Muhamad Haziq Samrat ketika diminta mengimbas pengalamannya menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun 1430H / 2009M bagi kategori orang kurang upaya (OKU) dan pertama kali bertentang mata dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin.Pada majlis sempena sambutan Malidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung Dataran Merdeka itu, dia menerima sijil penghargaan, wang tunai RM22,000 dan plak sebagai menghargai keistimewaan yang dimiliki di sebalik tubuh kecil remaja berusia 14 tahun ini.Sememangnya Muhamad Haziq (Haziq) insan istimewa, ibarat sebutir berlian dicelah-celah kerikil tajam. Dia mampu menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai kelebihan yang membentuk jati dirinya sehingga dia kini dikenali bak seorang selebriti.Haziq yang penulis temui di rumahnya di Taman Lagenda, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini, hanya berdua bersama ibunya, Narimawati Abdul Jalil, 55 tahun.Ayahnya, Samrat, pagi-pagi lagi sudah keluar kerana menghadiri majlis konvokesyen anak saudaranya, manakala abang-abang dan kakak pula telah keluar bekerja.Sebagai anak bongsu, dia memang rapat dengan ibunya. Jika pada hari biasa masanya banyak dihabiskan di sekolah, maka kesempatan pada hujung minggu atau cuti sekolah diluangkan bersama ibu di rumah."Tetapi sesekali kawan-kawan akan datang ke rumah, bermain komputer atau keluar pergi makan,'' kata remaja yang peramah ini.Menurut Haziq, dia mempunyai ramai kawan namun ada beberapa orang yang rapat dengannya seperti Syafiq, Anuar dan Nik Abquari.Tambahnya, kadang-kadang apabila terasa bosan di rumah, dia akan pergi menonton wayang atau berjalan-jalan di pusat beli-belah yang berhampiran dengan rumahnya dengan meminta teksi datang mengambilnya di rumah.Walaupun Haziq memiliki kekurangan dan fizikalnya tidak sama dengan remaja lain, dia seorang yang amat berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang.Malah sepanjang pertemuan kami, penulis bagaikan tidak perasaan akan kekurangan pada dirinya.Dia lincah bergerak ke sana sini dengan menggunakan papan gelongsor dan tidak pernah menganggap kecacatan menjadi penghalang untuk melakukan apa yang disukai."Kalau hujung minggu saya akan mengikut abang, Shahrul Nizam yang menyertai sukan drift di Nilai (Negeri Sembilan). Seronok melihat mereka."Abang juga seorang skater dan selalu mengajar saya bagaimana mengendalikan papan gelongsor. Saya juga selalu bermain papan gelongsor di gelanggang X-Treme di Shah Alam,'' katanya yang setakat kini sudah ada empat buah papan gelongsor dalam koleksinya.Menurut Haziq, satu dibelinya sendiri, satu dihadiahkan oleh mentornya Tuah, satu dihadiahkan oleh MasterSkill dan satu lagi telah dihadiahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar."Papan gelongsor banyak membantu saya bergerak. Saya tidak suka menggunakan kerusi roda kerana pergerakan terbatas dan sukar hendak turun naik tangga sekolah."Masa darjah satu dan dua dulu saya pakai juga kerusi roda. Apabila masuk darjah tiga saya minta kebenaran cikgu untuk menggunakan papan gelongsor dan cikgu membenarkan,'' katanya yang membaiki sendiri jika papan gelongsornya rosak.Haziq yang mempunyai ramai kawan di sekolah dan disenangi oleh para guru, tidak menghadapi sebarang masalah di sekolah kerana sikapnya yang terbuka dan tidak pernah menyisihkan diri daripada orang lain.Apa sahaja aktiviti di sekolah akan diceburinya dan bola sepak antara sukan yang paling disukainya.Ditanya bagaimanakah dia menendang bola dan berlari-lari di padang yang luas, katanya, dia tidak menendang bola seperti orang lain tetapi memukul bola dengan tangannya. Dan pukulannya mampu pergi jauh dan beberapa kali dapat menyumbat gol."Adakalanya saya kena libas juga. Walaupun berdarah mulut tapi saya tidak serik. Tapi sekarang saya sudah pandai menepis,'' katanya yang teringin ke Manchester, England untuk melihat sendiri pemain-pemain bola handalan kegemarannya beraksi.Sementara itu, kata ibu Haziq, Narimawati, walaupun anak remajanya itu ada kekurangan, dia tetap seorang anak yang cerdik dan cepat menerima apa yang diajar.Bercerita lanjut mengenai anak bongsunya itu, katanya, dia mengandungkan Haziq semasa berumur 40 tahun selepas 13 tahun tidak hamil."Pada mulanya saya tidak menyedari saya hamil tetapi apabila terasa lain, saya membuat pemeriksaan doktor dan memang sah saya hamil."Namun apa yang saya terkilan, sampai saat melahirkan, doktor tidak pernah memberitahu mengenai keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin doktor bimbang saya sedih atau risau."Apabila Haziq dilahirkan secara pembedahan kerana kata doktor kakinya tidak boleh lurus, saya sudah dapat agak ada sesuatu yang tak kena."Mulanya terkejut juga namun saya terima dengan reda kerana itu adalah kehendak Allah. Walau macam mana pun keadaannya dia tetap anak yang saya kandung selama sembilan bulan."Begitu juga dengan bapa, abang dan kakaknya yang begitu menyayangi Haziq,'' katanya yang kini sudah mempunyai 11 orang cucu.Tambah Narimawati, dia tidak pernah berasa malu mempunyai anak seperti Haziq jauh sekali cuba menyembunyikan atau mengasingkannya di rumah."Saya menyayangi dan melayannya seperti anak-anak yang lain, tidak ada kurang malah berlebih maklumlah anak bongsu dimanja lebih."Dia mula pandai bergerak atas papan gelongsor ini pun kerana ketika berumur setahun dia suka memegang papan gelongsor abangnya apabila saya letaknya dilantai."Mula-mula dia gerakan dengan tangan kemudian dia naikkan kakinya dan bila dah besar sikit, dia pula naik atas papan gelongsor itu dengan ditunjuk ajar oleh abangnya."Semasa kecil, saya akan membawanya ke mana saja saya pergi sama ada ke pasar, kedai atau rumah saudara mara. Abang-abang dan kakak Haziq pun tidak pernah rasa malu membawanya berjalan,'' tambahnya.Dia berkata, di rumah pun Haziq jarang meminta bantuan kerana semuanya ingin dibuatnya sendiri. Pendek kata dia seorang yang berdikari.Malah Haziq mempunyai ingatan yang kuat kerana jika pergi berjalan bersama-sama kedua-dua ibu bapanya dia yang akan menunjukkan arah jalan kepada bapanya.

Walaupun keadaan beliau yang sebegitu rupa tapi beliau begitu jitu dalam menjalankan kehidupan seharian sentiasa menggangap dugaan pada dirinya adalh sebagai penguat diri tanpa memikirkan untuk berputuys asa dan menggap diri beliau lebih sempurna dari org lain dan aku juga boleh buat seperti org lain...beliau memang layak digelar PERMATA MAULIDUR RASUL...
TAHNIAH HAZIQ....

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

2 comments:

  1. wahhh da mule pandai blaja cut and paste...hihihiii akan memeriahkan lagi entry blog ini...

    -Andeh-

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...sbnye bnyk keje tu yg kene copy paste nie...keh3x....

    ReplyDelete