Saturday, March 21, 2009

A......HHHHHHHHHH .....

Aha...jgn pikir pasal bende lain...post ni berkisarkan tentang aku beras lega bila progression blog dah di check oleh PM kamil...fuh lega..tu la die x memasal tetibe aku leh amik cite dari blog org len ltk kat blog aku...ye la mane x?? class IM ari khaimis aritu PM masuk n cakap die bagi 30 min tuk update blog bg yg x update...hmm pelagi dgn langkah berlari lah ktworg mengupdatekan blog ktworg...satu class dah mcm setiausaha bergaji plak ari tuh...menaip pe yang terkeluar di benak pikiran...perah otak walaupun x idea yang bakal keluar, jadi la cam aku ciplak post dr surat khabar UTUSAN..hehehehe...tp nasib lah topic post tuh cam best n bagi pengajaran kat aku....kira sape yang bace pun leh membuatkan hati memasing tersentuh...huhuhuuhu....pasni nak sambung ngan walking blog aku...so ma followers lets walking ya....

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Wednesday, March 18, 2009

Haziq - Permata Maulidur Rasul


Saya gementar apabila bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tetapi apabila baginda tersenyum lebar dan mengucapkan tahniah, hilang perasaan gementar saya."Demikian ungkap Muhamad Haziq Samrat ketika diminta mengimbas pengalamannya menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun 1430H / 2009M bagi kategori orang kurang upaya (OKU) dan pertama kali bertentang mata dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin.Pada majlis sempena sambutan Malidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung Dataran Merdeka itu, dia menerima sijil penghargaan, wang tunai RM22,000 dan plak sebagai menghargai keistimewaan yang dimiliki di sebalik tubuh kecil remaja berusia 14 tahun ini.Sememangnya Muhamad Haziq (Haziq) insan istimewa, ibarat sebutir berlian dicelah-celah kerikil tajam. Dia mampu menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai kelebihan yang membentuk jati dirinya sehingga dia kini dikenali bak seorang selebriti.Haziq yang penulis temui di rumahnya di Taman Lagenda, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini, hanya berdua bersama ibunya, Narimawati Abdul Jalil, 55 tahun.Ayahnya, Samrat, pagi-pagi lagi sudah keluar kerana menghadiri majlis konvokesyen anak saudaranya, manakala abang-abang dan kakak pula telah keluar bekerja.Sebagai anak bongsu, dia memang rapat dengan ibunya. Jika pada hari biasa masanya banyak dihabiskan di sekolah, maka kesempatan pada hujung minggu atau cuti sekolah diluangkan bersama ibu di rumah."Tetapi sesekali kawan-kawan akan datang ke rumah, bermain komputer atau keluar pergi makan,'' kata remaja yang peramah ini.Menurut Haziq, dia mempunyai ramai kawan namun ada beberapa orang yang rapat dengannya seperti Syafiq, Anuar dan Nik Abquari.Tambahnya, kadang-kadang apabila terasa bosan di rumah, dia akan pergi menonton wayang atau berjalan-jalan di pusat beli-belah yang berhampiran dengan rumahnya dengan meminta teksi datang mengambilnya di rumah.Walaupun Haziq memiliki kekurangan dan fizikalnya tidak sama dengan remaja lain, dia seorang yang amat berdikari dan tidak mahu menyusahkan orang.Malah sepanjang pertemuan kami, penulis bagaikan tidak perasaan akan kekurangan pada dirinya.Dia lincah bergerak ke sana sini dengan menggunakan papan gelongsor dan tidak pernah menganggap kecacatan menjadi penghalang untuk melakukan apa yang disukai."Kalau hujung minggu saya akan mengikut abang, Shahrul Nizam yang menyertai sukan drift di Nilai (Negeri Sembilan). Seronok melihat mereka."Abang juga seorang skater dan selalu mengajar saya bagaimana mengendalikan papan gelongsor. Saya juga selalu bermain papan gelongsor di gelanggang X-Treme di Shah Alam,'' katanya yang setakat kini sudah ada empat buah papan gelongsor dalam koleksinya.Menurut Haziq, satu dibelinya sendiri, satu dihadiahkan oleh mentornya Tuah, satu dihadiahkan oleh MasterSkill dan satu lagi telah dihadiahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar."Papan gelongsor banyak membantu saya bergerak. Saya tidak suka menggunakan kerusi roda kerana pergerakan terbatas dan sukar hendak turun naik tangga sekolah."Masa darjah satu dan dua dulu saya pakai juga kerusi roda. Apabila masuk darjah tiga saya minta kebenaran cikgu untuk menggunakan papan gelongsor dan cikgu membenarkan,'' katanya yang membaiki sendiri jika papan gelongsornya rosak.Haziq yang mempunyai ramai kawan di sekolah dan disenangi oleh para guru, tidak menghadapi sebarang masalah di sekolah kerana sikapnya yang terbuka dan tidak pernah menyisihkan diri daripada orang lain.Apa sahaja aktiviti di sekolah akan diceburinya dan bola sepak antara sukan yang paling disukainya.Ditanya bagaimanakah dia menendang bola dan berlari-lari di padang yang luas, katanya, dia tidak menendang bola seperti orang lain tetapi memukul bola dengan tangannya. Dan pukulannya mampu pergi jauh dan beberapa kali dapat menyumbat gol."Adakalanya saya kena libas juga. Walaupun berdarah mulut tapi saya tidak serik. Tapi sekarang saya sudah pandai menepis,'' katanya yang teringin ke Manchester, England untuk melihat sendiri pemain-pemain bola handalan kegemarannya beraksi.Sementara itu, kata ibu Haziq, Narimawati, walaupun anak remajanya itu ada kekurangan, dia tetap seorang anak yang cerdik dan cepat menerima apa yang diajar.Bercerita lanjut mengenai anak bongsunya itu, katanya, dia mengandungkan Haziq semasa berumur 40 tahun selepas 13 tahun tidak hamil."Pada mulanya saya tidak menyedari saya hamil tetapi apabila terasa lain, saya membuat pemeriksaan doktor dan memang sah saya hamil."Namun apa yang saya terkilan, sampai saat melahirkan, doktor tidak pernah memberitahu mengenai keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin doktor bimbang saya sedih atau risau."Apabila Haziq dilahirkan secara pembedahan kerana kata doktor kakinya tidak boleh lurus, saya sudah dapat agak ada sesuatu yang tak kena."Mulanya terkejut juga namun saya terima dengan reda kerana itu adalah kehendak Allah. Walau macam mana pun keadaannya dia tetap anak yang saya kandung selama sembilan bulan."Begitu juga dengan bapa, abang dan kakaknya yang begitu menyayangi Haziq,'' katanya yang kini sudah mempunyai 11 orang cucu.Tambah Narimawati, dia tidak pernah berasa malu mempunyai anak seperti Haziq jauh sekali cuba menyembunyikan atau mengasingkannya di rumah."Saya menyayangi dan melayannya seperti anak-anak yang lain, tidak ada kurang malah berlebih maklumlah anak bongsu dimanja lebih."Dia mula pandai bergerak atas papan gelongsor ini pun kerana ketika berumur setahun dia suka memegang papan gelongsor abangnya apabila saya letaknya dilantai."Mula-mula dia gerakan dengan tangan kemudian dia naikkan kakinya dan bila dah besar sikit, dia pula naik atas papan gelongsor itu dengan ditunjuk ajar oleh abangnya."Semasa kecil, saya akan membawanya ke mana saja saya pergi sama ada ke pasar, kedai atau rumah saudara mara. Abang-abang dan kakak Haziq pun tidak pernah rasa malu membawanya berjalan,'' tambahnya.Dia berkata, di rumah pun Haziq jarang meminta bantuan kerana semuanya ingin dibuatnya sendiri. Pendek kata dia seorang yang berdikari.Malah Haziq mempunyai ingatan yang kuat kerana jika pergi berjalan bersama-sama kedua-dua ibu bapanya dia yang akan menunjukkan arah jalan kepada bapanya.

Walaupun keadaan beliau yang sebegitu rupa tapi beliau begitu jitu dalam menjalankan kehidupan seharian sentiasa menggangap dugaan pada dirinya adalh sebagai penguat diri tanpa memikirkan untuk berputuys asa dan menggap diri beliau lebih sempurna dari org lain dan aku juga boleh buat seperti org lain...beliau memang layak digelar PERMATA MAULIDUR RASUL...
TAHNIAH HAZIQ....

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

wat keje gile...

Malam tadi aku ade wat keje gile n x pernah aku wat rasenye...bagi aku ni dah cukup gila sebab x tau lah plak bagi org len kan...aku g stadi ngan nizam (housemate yg test esok) kat MCD..huhuhu..memula memang aku pun x nak gak p sebenarnye sebab rase cam mencapap x hengat plak nak stadi kat citu...yer r x cam poyo plak kan, final lame lg kot n one thing dah cam x rumah plak sampai nak stadi sampai ke MCD...huhuhuu n nampak cam aku n nizam gaduh ngan housemate kitaworang...tu sume assumption yang salah...niat dihati hanyalah untuk menenmankan nizam n siapkan DOL MARCOM yang nak kene submit next week tapi banyak lg x hbs wat, mane ngan chapter yang berteraburnye lagi, x confirm topic yang ni chapter yang mane satu lagi past year plak..aku dik lepak sane dr kul11 sampailah kul 2 pg....makan french fries n satu cawan air dah mencukupi untuk malam ni...yang lawaknye aku ingat bile malam2x cam ni x ramai lah yg datang MCD ruprnyr full house...ciap jumpa SABI lg...adoi yai segan tuh..x pelah aku dtg ngan niat yang baik...tapi syukur sebab akhirnyeaku dapat gak hbs satu chapter.....AMIN..rasenye care ni boleh wat aku stadi kot...ade mase wat lagi lah...heheheheheheh...
"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

DUGAAN DEMI DUGAAN....

Begitu banyak dugaan yang perlu dihadapi setiap insan yang berada di muka bumi...pelbagai jenis dugaan yang kunjung tiba, yang membezakan seseorang itu adalh cara dia, mereka, aku menyelesaikannye....kekadang dugaan yang datang boleh menjatuhkan malah membangkitkan...situasi ini perlu diadaptasikan seseorang untuk ters hidup dengan azam yang baru untuk mengubah diri menjadi yang terbaik...

Setiap permasalhn atau dugaan yg datang perlulah diterima dengan hati yang terbuka dengan memikirkan bahawa ini semua adalah ujian dari TUHAN yang maha esa, yang menjadikan kita menjadi insan yg lebih kuat...dugaan ini menunjukkan yang ESA sentiasa ingat akan hambanya yang lemah ini...supaya lebih teguh dalm menjalankan ibadah dan sentiasa mengingatin-NYA juga....Semoga hidup yang mendatang lebih menjadikan seseorang manusia yang lebih baik dan bervisi.....GAMBATTE NE.....

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

Monday, March 16, 2009

Ari jUmaat yang hening.....

Mementang ler x kelas...kene lah plak hujan yang x benti2x dr pg lagi sampai ler ptg...membuatkan hari ni adalah hari malas aku...keh3x....sedang enak dibuai mimpi yang indah...tetiba aku dikejutkan ngan panggilan suara yang biasa aku dengar...diantara sedar dan tidak (mamai)...otak aku mula berfikir samada itu adalh mimpi ataupun realiti....bila mate yang sepet dibuka fahmi didepan mate...owh bukan mimpi lar nie...alamak cam cite novel lah plak...keh3x...hm pagi tuh fahmi mintak tlg anto g bus stand...yang lawaknye lepas fahmi kejut tu aku leh tdo blik plak(kira tahap mamai tu mmg tinggilah setinggi KLCC) x lame pastu fahmi dtg lg...kali ni bebtul dah sedar n ilang segala mamai, aku pun bersiap....ingat anto fahmi jew...rupe2xnyer nak kene anto agame skali...so aku n fahmi pun bergerak ke umah agame...dalam keadaan ujan yang renyai sampilah kat umah agame n anto dorg g bustand nek kete agame...aku ler yang kene bwk blik kete 2 ke rumah agame blik...perancangan yang baik tuh agame...huhuhu...sampai jer umah agame ujan semakin menderu-deru turun dr langit....alhamdulillah curahan hujan pada hari ni menyejukkan bumi yang kering setelah bebrapa hari dalam haba...sambung blik cite td...da sampai umah agame bg kunci kete kat housemate agame yg entah sape name pun aku xtau...aku ingat ye nak ajak aku berteduh jap kat umah ye jap...rupenye harapan aku meleset...bile org dah x offer x kanlah plak aku nak terhegeh2x nak tumpang kat ctu plak kan...then aku pun wat keputusan nak blik umah jugak walaupun ujan...hmmmm mmg kebetulan lah...aku pun x mandi lagi...pelagi alang2x dah basah ni mandi la ngan ujan...keh3x....sampai umah...korg teka?? pe aku wat....pergi mandi kew, tukar baju, or tido??.....jawapnye aku balik2 x mandi pun..sbb aku rase cam dah mandi td mase atas moto odw nak blik umah...kire ok ler tuh...tukar baju lap bdan sikit...terbang balik ats katil n terus tido...biler dah tdo pelagi telajar solat jumaat aku...ish3x...kul3 baru bgun...giler hampeh...pe yang ngantuk sgt aku pun x tau lah...malmnye plak aku pun wat lah ckit2x assgmnt MARCOM tuh...begitulah heningnye aru JUMAAT aku...bukan kening tp hening ye kengkawan...
k sambung next update...

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

x BALIK LALA.......GI.....FUH........

This week aku mmg x blik umah lagi...hasrat nak balik ku tangguhkan lagi...bukan per sebab bnyak koje kene wat n aku nak p uitm shah p anto kumpulan GEMA dr persatuan IRAMA untk pertandingan Festival Nasyid Seluruh Uitm 2009...aku just jadi penyokong je r...tu pun pasal En.Sham yang offer kat aku...so bantai je r...ni salah satu care nak release tension nie...hehehe..lame dah x berjalan walaupun naik bas uitm...keh3x.....sebelum tu aku kene siapkan dulu assignment MARCOM...ye la sebelum berjimba kene make sure everitin is clear, mane tak nyer kene clear ari isnin dah nak kene present dah...group member aku afiq n ejat dah devide tugas dah, memasing akan tulis sendiri kat kertas majong ejat beli...presentation yang ini mmg len dr yang len...x menggunakan technology,tp tulah yang direquest oleh our best lecturer MISS ZUER...apo nak wek...ikut jew lah...hohohohoho...mingu ni dah mula hujan yang x berpenghujung...maybe musim tengkujuh dah kunjung tiba...just be ready everybody..untuk basah lencun balik dr class setiap hari...baju ujan paling utama...hehehehe...k la t den sambung blik ngan ma weekend xtvt k...just keep on waiting.....jya na....

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Wednesday, March 11, 2009

tolong BO......SAN.......

gile boring ari nie..leh x sume class cancel....ni kalo aku blik uma aritu memang heaven lah...dah cam cuti raye plak seminggu x class..hohohoho...cume sok je de class ari jumaat dah xde class...walau x de class tp asgmt punyer la belambak...hanya Allah je yg tau...mane ngan presentation nyer lagi...mane ngan project lg....wow...hapening sungguh...ni happening tp haipening...keh3x, ejat tadi kate nak dtg x dtg plak....papehal pun mmg kene update blog nie...jumpe lg...

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

Wednesday, March 4, 2009

Beloved Father's B'day (70)...


On 21st Feb was ma father's b'day...and for the 1st time on his b'day he wants to make a celebration with all family around him...what a surprise?...what i know ma father don't like to celebrate his b'day, usually we just wish him and give some present without any cake and blowing candle..

Actually ma father just invited our close family but when the day comes,ma house was full with all ma father's siblings n some of our neighbor...what is the most thing that i love from this kenduri was we all gather along to make the celebration success, all the siblings working together start from early in the morning till late nite of the day...the best part was where all of his son n daughter gave present to him with full of tears n love speech....so wonderful n memorable nite..i love that moment..it makes ma whole family more tight...ma wish to ma beloved father HJ MUSTAFFA B HJ SIRAJ...hope the best for your whole life...long lasting live...
n always be the best father ever...LOVE U!

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

Tuesday, March 3, 2009

MAKAN MALAM....












Retro night fever....tu lah tema makan malam D'marketeers semester nie, alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang...walaupun pada mulanya tarikh dinner ni ayik bertukar n macam2x masalh timbul...terutamanya sumber kewangan yang limited untuk membuat majlis nie..wat kat hotel sri pelangi memang memerlukan cost yang sgt tinggi..tempahan dewan jew rm2000 termasuk makanan sekali...kalo nak kira cost sume skali lebih kurang rm3000 jgk lah...terima kasih kepada yang sudi beri sedikit sumbangan antaranya Pn Wan Haslin, Miss Dilla n to all exco yang mengeluarkan wang sendiri dan duit minyak...terima kasih sekali lagi...hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa anda sekalian...n x lupak gak kat semua hadiridin yang dtg mlm tuh...korg sgt supportive n sporting sesangat...terutamanya ex exco marketing yg lepas, walaupun jauh dari segamat tapi still leh dtg jgk...n En.Nizam yang hadir ngan baju melayunya x dilupakan..tanpa encik majlis nie mesti x lengkap...huhuhuhu...yang penting hadirin yg datang mlm tuh sumenyer mengikut tema yang ditetapkan...mcm2x gaye ade, mmg x kalah dalam bergaya kalo dah namenyer dak marketing...hohohoho...aku harapkan sumenyer berpuas hati ngan per yang sume exco marketing dah usahakan untuk meraikan dan meraptkan sume ahli marketeers...semoga hasil yang diterima selepas program nie adalah baik dimana merapatkan tali silaturrahim antara sesame ahli marketeers...

Last but not least million thanks to all exco for giving 200% for this dinner..the best team comes from the best individu...tq...
"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

Wednesday, February 25, 2009

aLONG bertunang....(flasback)


Lepas je mlm semalm hbs konsert Inteam n Unic aku melelapkan mate kat itm...x jd blik mlm tuh..mcm x larat coz dah penat sgt...then pepagi lg dah blik umah sewa...sbb hari ni aku dah janji nak p umah makengku ku sbb anak sedara mak engku nak tunang...so untuk tidak mengecewakan hati yang menjemput so aku biuskan otak aku ngan kekuatan...walaupun sebenarnye letih badan x terubat lagi..tp seronok gak aku haritu sbb dapt kenal keluarga mak engku...dorg sume best n sangat sporting gilers...so far majlis pertunangan along berjalan ngan lancar...ngan pasangan nyer yg dtg dari negeri sembilan, haru biru gak la rombongan dari negeri sembilan yg dtg tuh...pakcik yg jd wakil tuh mmg loyar buruk...dorg punye bincang pasal pertungan jew makan mase hampir satu jam...aku yang dok dengar nie terhangguk2x sbb mengantuk sgt..huhuhu...sesekali tuh terlelap lame gak...nasib org len x pasan...aku suka sgt ngan kerjasama dr kelurga mak engku dorg very supportive n sporting..sume prob diselesaikan ngan secara berbincang... x sorg pun yg aku tengok duduk berdiam diri tanpa membuat sebarang kerja...sungguh kagum...teringat aku akn keluarga yang tercinta...begitulah jua berlaku pada keluarga aku...sumenye best n sporting........walaupun aku penat tapi aku seronok sgt...

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

Continue Konsert Irama Wahyu...(PIC)


Iffa pertner MC


Joe


Joe lg..

Fitri Unic


Bekas Juara Akedami Alquran


Abg Amin Inteam


Inteam


1st Baju

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Konsert Malam Irama Wahyu

Sebenarnye dah lame nak update ngan post yang satu nie...tp disebabkan laptop den wat hal jadilah bende nie tertangguh...lame gak tuh...ramai gak yang tanye mane citer pasal konsert inteam n unic...ye la ni den cite ckit...ni la 1st job jd pengacara tuk sem nie...14hb feb 2009...2nd in a row jd pengacara tuk konsert INTEAM & UNIC ni...b4 this pada thn 2005...mula2 x dpt nk comit tuk konsert ni sbb clash ngan dinner marketing...at last dinner postpone sbb dak part 3 der test hari tuh...postpone lagi dinner tuh nampaknyer...back to the story...kate putus telah dbuat aku setuju jadi mc tuk konsert nie...dari awal lagi aku berazam nak wat konsert as best as i can....tp skg nie masalhnye aku x tau plak sape pasangan aku...then cik sham pun btau ma pasangan is IFFA dak diploma...ok gak tuh jumper pasangan baru, but its not easy sbb x kenal pon...hmmm 12hb aku g itm malm tuh nek kete ainol...nasib farid nak temankn..tq farid...mlm tuh aku dtg itm sbb nak jumpe en.sham n irama's team...nak bincang pasal tentatif program n flow majlis...at last dpt gak satu best tentatif dari berape kepala yg de malm tu termasuk En.Sham, Ishfaq, Hafiz(BOB),Iffa n yg lenlain jgk...

Next meeting pada hari sabtu 14hb kul 2 ptg kat DST...sbb nak wat reheasel...mlm b4 the day aku cari la ckit info pasal Inteam n Unic nie..agk payah sebenarnye last2 jumper gak dorg punyer blog...fuh...at least aku tau gak latest story pasal dorg nie...tepat kul 2 aku sampai DST...seperti yg ku jangkakan x de org pun lg yg dtg..yg de pun dak2x secreteriat...kene lah tunggu jap...kul 2.30 baru lah iffa dtg...bila iffa dtg skg nak tunggu plak soundman siapkan sound sume...so by the time aku tunggu dorg g bincang jap ngan iffa pe nak ckp mlm nie...ktworg x wat text pon just amik point2x jew...n cakap...pe terkeluar tu je lah....after sume siap ktworg pun reheasel berkali2x sampai dapat yang terbaik...iffa ni mmg first partner yang paling gile n sempoi...best kerjasama ngan die...sampai la kul 6 ptg inteam n unic dtg nak wat sound check...pas bersalm2x ngan dorg trus jew interview ckit n cite flow majlis malam nie...pastu trus chow blik nak gosok baju...en.sham dah tempahkan blik tuk aku n joe...n at the same time joe pon sampai...ader gak kawan dok blik transit kat ts..lame x jumpe joe..borak panjang ktworg petang tuh sambil iron baju...mlm tuh aku kene 2kar dua baju..biru n hijau, baju hijau tu pinjam dr En.Sham..tq encik....

Saat yang dinanti pun sampai...aku bergerak ke DST awal ckit sbb aku ckap ngan joe nak beli mknn ckit...lapo woi perut dr tghri x mknlagi..huhuhuh...minum air n makan ckit...legalah ckit perut...gementar mula menyerap ke kalbu..beselah aku bile nak start sumtin mesti cuak x hengat....alhamdulillah sumenyer berjalan ngan lancar tanpa sebarang kacacatan...Inteam n Unic sangat berkalibar dlm membuat persembahan dan menyampaikan dakwah...berhibur sambil beramal..fuhh..sumenyer berjalan ngan lancar...alhamdulillah..kali ini aku berase puas ngan program yang aku kendalikan...pertuturan aku bertambah baik...tima kasih sume bg full of support...x dilupakan joe sbb bg support yang baik...memula cam x yakin nak mc konsert nie...
HA KORG NAK TENGOK X PIC KENANGAN TUK KONSERT NIE....TENGOK KE NEXT POST K....

"BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA"

LEGA....

Ahhhhh....lega sikit...ringan pale hotak aku skg...hampir 80% perancangan dinner dah nak settle...harap2x semuanya berjalan ngan lancar pada hari jadi nanti...28hb februari 2008...project besar D'Marketeers untuk semester nie...dengan bertemakan retro...daripada feedback yg aku terima theme nie cam bnyk tentangan sebenarnye, tapi kite tgk jew lah nanti cam ner ngan dress dorg...aku sure mesti gempak nyer dorg dress up...aku pun nie ngah cari baju pe nak pakai...hehehehe...nak cari cermin mate besau lagi..leh kew?keh3x....x tau per yang sesuai pun sbnyer...bantai jew lar...asal nampak cam 60's to 80's ok la kot...kat cni aku nak ucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada BAKI as ketua project...semoga majlis kita sabtu nie berjalan lancar seperti yang dirancang..INSYALLAH...

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Wednesday, February 18, 2009

UJIAN ALLAH

Kehidupan nie ibarat roda..kekadang kita di atas dan kekadang kite kat bawah...yang pastinya kite mmg x dapat lari dari pusingan ini kerana MAHA PENCIPTA sungguh adil dalam mengatur kehidupan hambanya...sebagai jalan untuk terus teguh berdiri seseorang itu perlulah sentiasa menerima setiap putaran ini dengan hati yang terbuka...jadi walau setinggi mane kite berada jangan sekali2x lupe yang dibawah...kita pasti akn beralih tempat...x mungkin selamnanya kite berada di tempat yang sama...

Begitu juga aku, sejak akhir2x ni aku mmg dihujani dengan pelbagai masalah yang pastinya berpunca dari kesilapan diri aku..ataupun hamba allah yang kurang senang dengan aku telah membuat fitnah yang pastinya kurang enak untuk didengar oleh ku dan boleh menjatuhkan maruah ku..x pernah dalm hidup aku melalui semua ni...terlaloo perit tuduhan tuh... aku memohon kepada ILLAHI semoga segala yang ku lalui ini, menjadikan aku insan yang lebih kuat, tabah dan terus berjuang untuk terus hidup...kalau difikirkan segala ujian yang datang secara mendadak...membuatkan aku x mampu hadapinya, segala yang dilalui sentiasa bermain di minda ku...mungkin ujian ni kecil berbanding dengan insan lain...sepatutnya aku bersyukur kerana ALLAH masih mahu menguji ku dan beri peluang untuk ku terus perbaiki diri...YA ALLAH BERIKANLAH AKU SEDIKIT KESABARAN DAN KETENAGAN HATI UNTUK MELALUI UJIAN MU...AMIN...yang pastinya...

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Tuesday, February 10, 2009

Best3x....

Mesti korg tertanyakan ape yang best tuh...hm....ari nie aku rase best gile sbb dapat present case channel ngan jayanya..sebenarnya pada mulanya case study yang aku nak wat ni mmg langsung aku x paham, dah berkali2x bace case ni cam hampeh ler plak...dari ari hari ahad lagi aku dah start bace tapi still x dapat ape major n minor problem case nie...prob gak tuh sebenarnye...adoi yai...pikir punya pikir sampai la ke tgh malam gak baru settle major n minor problem tuh...walaupun kitaworg dah dapat sume prob case tuh tp tahap kepahaman kitaworg mmg masih lg low...berkali2x bace the result still hampeh....sampai lar detik nak present on d way nak p itm pun still leh bace sekali lagi case tuh...time tuh aku n EJAT dah pasrah dah pe yg ktworg paham tuh je la yang kitaworg present..LANTAK...sampai je class aku pun risau gak sebenarnye sbb x tau kitaworg kene present bile...syukur la kitaworg kene present tempat yang ke3...fuhh lega..at least leh la aku tgk cam ne dak group len present..huhuh...nak dptkan feel dulu...then our turn pun tiba...
berdegup gak jantung nie..yer la sbb group b4 kitaworg x present well n soklan yang lecturer tanye dorg x leh jawab...mane la tau ktworg pun x leh jwb gak cam dorg kan ke haru biru tuh...tp at last aku n EJAT dpt present ngan jayanya...ALHAMDULILLAH...huhuhuu..

Lagi satu yang best arinie...biznes yang aku wat dah mule diterima baik oleh sume budak2x uitm, walau pun x seberapa tp hari2x ade la biznes...contohnye hari ni aku n FAHMI dah settlekan 4 laptop n pulangkan kat dorg 3 laptop dah format ngan software 1 laptop cume add software jew...so far dorg berpuas hati lar ngan service yang kitaworg bg...tp pasal case laptop yg lepas tuh...kene perli gak aku kat class td...adoi malu gak, hehehehe...n then ari ni gak de bdk anto lagi satu laptop...alhamdulillah...harap2x sumenyer berjalan ngan lancar...credit to FAHMI coz sesame wat bende nie...LETS DO IT DUDE....

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYAT"


Sunday, February 8, 2009

weekend yang penat....fuhhhhh...

Minggu ni adelah minggu yg paling busy dalam sem nie...rase penat yang teramat sgt.. memang x cukup rehat...fuhh..dari pembukaan booth, meeting marketing sampailah ke program UITM n majlis di umah makku....walaupun penat tapi ALHAMDULLILAH dengan izinnya semuanya berjalan dengan lancar...walaupun bermacam masalh timbul dalm minggu lepas..yang membuatkan aku rase ckit down...masalh ngan kawan nya len....adus.. kekadang aku rase cam x nak la de kawan...bnyak yang perlu dijaga sampaikan diri sendiri pun x terjaga disebabkan ingin menjaga hati yang len...fikiran leh terganggu, mood yang x menentu...x pe lah inilah dugaan dunia yang x de penghujung...semoga segala ape yg aku tempuh ni membawa aku kejalan yang lebih baik pada masa akan datang....teruskan perjuangan...masih panjang lg perjalanan enkau hafeez....

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Tuesday, February 3, 2009

Booth lg....


Arinie D'marketeers sambung lg ngan booth mereka...sampai kul kul 1tgh hari...an after that meeting with all the D'marketeers exco...banyak bende nak bincang arinie...fuhh....hope everitin gonna be fine...agak susah sbnyer bile memegang jawatan penting dalm sesebuah persatuan...pening,letih, n memacam perasaan lg lar...neway credit to all ma beloved n work hard exco ELLY,HUSNA,FATHI,IELA,EJAT,ZAZA,NAJIB,IZZAH,RIENA,AGAME,
FAIRUZ,FAHMI,BAKI
...
gambatte ne...semoga kite terus bergerak maju n terus maju...AMIN...

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

BEKOK...

pose jgn x pose


5 kepala yang x bape nak betul?

leh ke cam nie.............

finalist hero remaja 2009...

ma roomate..

cute x yang berbody sasa tuh....hehehehe


Ngah lepak2x ngn housemate petang td tetibe plak tekeluar cite g bekok yg cam best...so rase nak share la saat kegembiraan kitoworg ngan ma blog readers..enjoy...feel free to drop ur comment...heheehehe...just for fun...credit tuk ROY,AINOL,MUZAKKIR N NIZAM....tq guys...

'BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

BOOTH...


Hari ni cume de class sales jew...pas class sales trus uruskan booth kat admin...dsebabkan x de meja yang dsediakan tuk ktworg so kene la ktworg g ke unit pentadbiran UITM untuk dpatkan meja utk booth marketing yang menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang ingin membayar yuran dan keterangan lanjut bout marketing xtvt termasuklah pasal t-shirt n becoming dinner....
disebabkan exco yg len sume de class so yg kene jage booth arinie ialah aku, EJAT, n FATINA..kebetulan plak booth kitworg bersebelahan ngan booth kelab IRAMA...dorg jual tiket tuk konsert INTEAM and UNIC...sonok la gak...leh borak2x ngan dorg..kalo x mmg agk bosan tgk org lalu lalang...at the same time de la jgk bebual kosong ngan ejat n fatina cite cam ne ngan budget dinner nie...boleh tahan gak idea2x dorg nie...borak2x ader la 2 org 3 org yg dtg bayar yuran n cakap pasal dinner...dlm kul 12 IELA plak dtg nak join same...then ELLY pun sampai...nak ganti jap ktworg kat sampai kul 1 jew...sian gak kat elly sbb pade mulanye mmg nak wat meeting tetibe meeting cancel sbb ramai exco len yg de meeting CS...jadinye meeting postpone ler esok...n booth dibuka lagi sehari...04hb...so kepada sesiapa nak bayao yuran silalah yer...neway tq kat HUSNA eh sbb td tlg hantarkan borg lanjutan untuk persatuan kite...SMOGA PERSATUAN KITA TERUS MAJU...GAMBATTE NE!~

"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Monday, February 2, 2009

FEEL sORRY To SoMEbODY...


Ari ni aku feel gulity ssgt kat seseorng nie...adus rase bersalh giler say..sbb bende yg jd ni penah gak jd kat aku..mmg rase cam kehilangan...cite nyer cam nie...aku der la wat service laptop ngan sorg housemate aku nie...then sorg awek telah menghantar laptopnye kat ktworg...aku rase happy sgt sbb segala usaha ktwrg wat promotion ader gak yg accept...ni kire laptop pertama la yg akan diservice oleh kami...then laptop ni ktworg format dengan penuh khusyuk dan tertib...akhirnyer berjaya format dari laptop ngan window XP bertukar kepada window Vista....kira bangga sgt sbb ni service sulong...siap bersorak lg ngan fahmi...hehehehe...bile dah siap aku ngan pantasnye terus msg owner laptop ni kate dah siap...pastu janji jumpe kat class bg laptop, sbb awek ni classmate aku..huhhuu...ahhhhhhh lega dah settle satu laptop.... After class blik umah ngan penuh kegembiraan...yahoo!!!!!..."KUSANGKA PANAS SAMPAI KE PETANG RUPENYA HUJAN DI TENGAH HARI"..tetibe ngah menggolekkan diri kat katil dtg satu msg dr awek td...die kate sume pic die xder...adus..tetibe aku diselubungi misteri dan kemusyhkilan...cam ner leh ilang pic die...mulalah x jd nak golek2x...hati dah rase x sedap... yelah kan dah wat service and awek tu pun dah bayor...tetibe de bende yg die punye ilang plak... so sape kene bertanggung jawab kan...aku gak..sbb sume file die aku yg transfer dr drive C ke drive D...skg pic die dah ilang, mulalah aku menggelabah n then soh die cari bebetul...die kate mmg x jumpe gak...mmg confirm la ilang...ni sume salah aku sbb x tgk bebetul ader file yg x pindah...sblum format fahmi der tanyer confirm kew sume file yg penting dah transfer..aku kate la dh settle...sbb aku tgk mmg sume file dah transfer..last2x jadi cam nie..fuhh...sbnye aku rase gulity sgt sbb pic awek ni ilang...sbb aku tau ngan pic la sumone nak ingat blik sume kenangan yang dorg dah lalui...aku penah rase bende nie mmg amat terkilan rase bile ilang sume pic yg aku syg...neway aku mintak maaf bebanyak kat N_ _ _ _ sbb dah ilangkan pic awak tuh yer...SO SO SORRY.....janji x wat lg...huhuuuhhu...
"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Sunday, February 1, 2009

Massage Keamanan...

Adakah kesilapan org dewasa perlu dtanggung kanak2x ??

Siapa pembela mereka???

Sungguh memeritkan....

Marilah kite bersama2x berdoa kehadrat illahi semoga saudara kita di palestin diselamtkan dari terus dibelenggu dengan keganasan zionis....lihatlah betapa kejamnye mereka menghukum mereka yg x berdosa demi kepentingan sendiri...terutamanya kanak2x yg baru nak mengenal dunia...itulah kehidpan manusia yang tamak dan hanya tahu kepentingan dunia...dengan itu mari kita TERUSKAN BERDOA DAN TERUSKAN MEMBOIKOT BARANGAN AMERIKA!!!!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

"BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA"

THANK YOU....


Sebenanya wat blog ni best eh sbnye....time kacih PM Kamil...rase cam sonok plak...yer r menggerakkan minda yg lemau nie...neuron2x yang agak lemah pergerakannye telah diactivate semula kira gerek la...so impuls yg ade bergerak ngan pantas n sume msg yg dihantar diterima otak tanpa sebarang halangan, lurus x belok2x...n then wat bende alah ni dapat gak release tensen...boleh release kew???? aku leh kot x tau owg len kan...hehehehe...cam bnyk bende baru aku blajo lah...lg best leh view blog org len tanpa segan silu...keh3x...neway time kasih la kat sumekawe2x yg bg full support nak wat blognie..ROY,FAHMI,AMIR,BONY,FR8,RAHIM,
AINOL,MUZAKKIR,NIZAM(housemate),KHAI,
COMEL,RIENA,ZAZA,ZIEYN,DANIEL,HUSNA...

sume2x ler x dsebut name kat cnie...time kasih bebanyak...ni 24 jam dok mengadap laptop nak bg yg best punye...bolehlah..heheheh...


"BERPIJAKLAH DI BUMI YANG NYATA"

Friday, January 23, 2009

Feeelllllll...................it...........


fuuuh.....here i'm...akhirnyer...berjaya gak wat blog nie,ushe yg keras gak ni start ngan post pertama...yer la mane x keras...berpeluh2x pikir nak cakap pe tuk first post...mmg super duper happy...b4 this org cam ajk usha blog dorg yg cam best...kire tahap jelez aku kat dorg dah berakhir hari nie...skg lihatlah dunia aku jugk dah leh berblog...lets start....

"BERPIJAKLAH PADA BUMI YG NYATA"